Apa khabar semua? Sedar tak sedar, tahun 2012 telah pun berlalu meninggalkan kita dan tahun 2013 baru saja membuka lembaran baru. Banyak kenangan manis dan pahit yang telah kita lalui sepanjang tahun lepas. Bagi yang bujang, mungkin baru saja menamatkan zaman bujang mereka pada tahun lepas dan tahun ni kena la lebih bertanggungjawab sikit memandangkan masing2 mempunyai komitmen terhadap pasangan masing2. Adik2 Tingkatan 5 pun baru saja menghabiskan peperiksaan SPM mereka dan sekarang ni mungkin ada yang sedang bekerja sambilan sementara menunggu keputusan SPM mereka keluar. Walau apa2 pun yang anda sedang lalui dan bakal lalui, bersama - samalah kita berdoa agar segala - galanya berjalan dengan lancar pada tahun ni.
Beralih pada cuti sekolah tahun lepas, anda semua buat apa cuti sekolah akhir tahun lepas? Cuti sekolah yang panjang hampir dua bulan tu takkan tak pergi mana2 kan? Mesti ada yang jalan2 makan angin dengan kawan2 dan keluarga terutamanya...Ok la, sebenarnya, entri kali ni nak cerita tentang apa yang saya buat cuti sekolah tahun lepas ngan korang semua...
Seperti biasa, memang menjadi kebiasaan balik saja cuti semester mesti balik rumah panjang bersama - sama keluarga. Mungkin korang hairan kan kenapa aku suka balik rumah panjang masa cuti. Sebenarnya, di rumah panjang la yang boleh membuatkan hidupku menjadi lebih tenang dan bebas dari segala macam belenggu teknologi.....Ye la kan..."line" takde, so takde la dengar bunyi mesej @ kol setiap hari....pastu pulak, takde dengar bunyi kereta lalu lalang yang kadang kala membingitkan telinga. Ya....mungkin bagi korang yang memang tak senang duduk kalau tak bermesej seharian @ tak "koling2" setiap masa, mungkin kehidupan di rumah panjang agak membosankan hidup korang. Tapi....bagi yang sukakan kedamaian, di sini la tempatnya...
Alright, sebenarnya, entri kali ni dikhususkan untuk kaki2 pancing ikan ai tawar @ ikan sungai. Beberapa minggu yang lepas, sebelum balik bercuti, saya mendapat "feedback" daripada salah seorang pembaca yang meminta saya meng"update" blog berkaitan dengan daya tarikan di rumah panjang terutamnya bab2 memancing.
Untuk pengetahuan korang semua, aku ni bukan la kaki pancing. Kalau korang tanya aku pasal pancing memancing ni, bukan aku tak boleh jawab cuma taklah sedetail yang korang inginkan. Tapi, dalam entri kali ni, aku akan cuba sebaik mungkin untuk memberi "overview" kat korang berkaitan dengan aktiviti memancing di sini. Nak kata senang nak dapat ikan, tak juga, nak kata susah tak juga sebab ada tempat2 tertentu yang menjadi sarang2 ikan. Jadi, kalau sesiapa yang berminat nak memancing di sini, kenalah pandai2 cari tempat yang ada ikan. Tetapi bagi mereka yang amatur @ masih baru lagi dalam hobi ni, dinasihatkan agar meminta bantuan penduduk rumah panjang untuk pergi ke tempat yang sesuai untuk memancing. Kalau nak cari tempat yang banyak ikan tu senang je sebenarnya, cuma .....apa yang menjadikannya sukar ialah perjalanan menuju ke tempat tersebut. Bagi sesiapa yang tak tahu berenang, takut dengan jeram & segala macam rintangan di air, memang susah la sikit.....kat bawah ni nanti boleh la korang tengok2 sesukar mana perjalanan yang saya maksudkan dan korang boleh juga tengok beberapa jenis ikan yang terdapat di sini....
|
Ikan Baung |
|
Ikan Boing |
|
Ikan Sakam |
|
Ikan Juak |
|
Ikan Penyau |
|
Ikan Palau |
|
Ikan Semah |
|
Ikan Kaloi |
|
Ikan Engkarik |
|
Ikan yang aku tengah pegang ni pula dinamakan Ikan Empurau @ Ikan Kelah |
|
Ni la salah satu jeram yang korang kena lalui...ada bran?..haha
|
|
Yang ni pula, muka2 gembira sebab dapat ikan,(bukan dorang pun yang dapat tu, bapa aku...haha) |