Beberapa hari yang lepas, saya telah mendapat jemputan untuk menghadiri majlis kenduri kahwin kakak kepada salah seorang kawan sekelas saya. Kenduri tersebut diadakan di rumah kawan saya sendiri iaitu di Tikam Batu. Memandangkan saya belum pernah lagi pergi ke Tikam Batu jadi, saya mengambil keputusan untuk menerima jemputan tersebut.
Tikam batu merupakan salah satu tempat di Kedah. Namanya sahaja sudah begitu unik iaitu "Tikam Batu", memang sudah cukup untuk membuatkan rasa ingin tahu saya membuak - buak untuk melihat sendiri tempat yang dikatakan "Tikam Batu" tersebut.
Pada mulanya, saya mengandaikan bahawa jarak Tikam Batu dari Jitra adalah dekat sahaja. Namun begitu, andaian saya meleset sama sekali. Perjalanan selama kira - kira dua jam lamanya itu memang sudah cukup memenatkan. Nasib baik kami menggunakan kereta pada masa itu. Jadi, kepenatan taklah terasa sangat jika dibandingkan dengan kepenatan jika menunggang motosikal.
Kami merupakan antara tetamu yang terawal sampai di rumah pengantin. Kami tak sangka bahawa rombongan kami merupakan antara rombongan yang terawal sekali sampai. Agak mengejutkan juga la....haha...
Baiklah, di sini saya sertakan beberapa gambar sekitar kenduri kahwin tersebut berlangsung....