Hai semua, percaya tak anda semua kalau sya katakan bahwa orang yang paling rapat dengan kita ialah kawan2 kita? Ada yang tak percaya? Ada yang mengatakan ibu bapa merupakan orng yang paling dekat dengan kita? Ya.....memang tidak dapat dinafikan bahwa ibu bapa yang melahirkan kita dan membesarkan kita, namun ibu bapa tidak bersama kita secara seratus peratus.....kenapa saya katakan demikian? Di bawah ini penjelasannya....
1) Hampir 6 jam @ lebih waktu kita dihabiskan di sekolah @ kampus @ tempat luar...
2) Apabila tinggal di rumah, kita hanya meluangkan masa tidak lebih daripada 4 jam bersama ibu bapa kita kerana waktu selebihnya kita gunakan untuk tidur...
3) Bagi ibu bapa yang bekerja, mereka mungkin hanya akan bertemu dengan ibu bapa mereka pada waktu malam sahaja. Itu pun jika mereka dapat meluangkan masa untuk anak2 mereka kerana apabila bekerja seharian, pasti mereka memerlukan waktu rehat sebaik sahaja sampai di rumah....
So, kesimpulannya di sini, orang yang paling dekat dengan kita sebenarnya ialah kawan2 kita. Mungkin ada dalam kalangan pembaca di sini yang mempunyai lebih daripada satu kawan......namun apa yang pasti dalam banyak2 kawan tersebut, pasti ada kawan yang paling rapat dengan kita. Kawan itulah yang dinamakan kawan karib....ke mana pergi pasti bersama, minat yang sama, saling memahami antara satu sama lain, saling membantu antara satu sama lain baik waktu senang mahupun waktu susah..
TAPI...., jika ditakdirkan suatu hari nanti anda dipisahkan daripada kawan karib anda setelah sekian lama bersama, apakah perasaan anda? ....Anda mungkin pernah bersumpah untuk sehidup semati dengan kawan karib anda, namun tak siapa pun yang dapat mengatasi kuasa Tuhan sekiranya Dia ingin memisahkan anda berdua....Pada saat itulah anda akan rasa sangat2 keseorangan. Kehidupan anda bagaikan kapal tiada nakhoda. Setiap kali anda makan makanan kegemaran anda, pasti anda akan teringatkan kawan anda. Setiap kali anda mendengar lagu kegemaran anda, pasti anda terbayangkan kawan anda turut menyanyi bersama - sama anda pada waktu itu....Begitu juga setiap kali anda meniup lilin hari jadi anda, pasti anda akan tercari - cari kelibat yang selalu berada di sisi anda untuk menyanyikan lagu "selamat hari jadi" untuk anda......betapa sepinya hidup ini tanpa seorang kawan....oleh itu, HARGAILAH KAWAN ANDA SEBELUM ANDA KEHILANGAN MEREKA KERANA ANDA TIDAK DAPAT MENEKA BILA DAN DI MANA ANDA AKAN KEHILANGAN MEREKA.....
Sebagai renungan bersama, di sini saya postkan sebuah puisi indah yang bertemakan persahabatan...
P/s: Kalau ada yang merasa sedih setelah membaca puisi ini, usah risau kerana anda tidak keseorangan kerana saya yakin ada juga yang berperasaan seperti anda dan salah satunya ialah saya sendiri...
We make many friends,
Some become dearest,
Some become special,
Some we fall in love with,
Some go abroad,
Some change their cities,
Some leave us,
We leave some,
Some are in contact,
Some are not in contact,
And some don't contact,
Because of their ego,
We don't contact some,
Because of our ego,
Wherever they are,
However they are,
We still remember,
Love,
Miss,
And care
About them because of the part they played.
Now, no matter how often you talk or how close you are,
Let old friends know you haven't forgotten them
and tell your new friends that you will never forget them....
Cheers To FRIENDSHIP...
Tq to my friend for always remember me and always stay by my side in everything I do...I love You So Much!
No comments:
Post a Comment